Monday, 19 November 2012

Panduan Karangan Jenis Syarahan

Karangan jenis ini merupakan karangan jenis fakta dan biasanya dalam situasi pertandingan. Berikut disenaraikan beberapa panduan lain untuk menghasilkan karangan jenis ini.

  1. Calon hendaklah memahami tajuk yang diberi sebelum mencari hujah-hujah sebagai isi syarahan. 
  2. Isi dan fakta yang dihujah haruslah tepat dan munasabah diikuti dengan contoh-contoh yang sesuai untuk menguatkan hujah.  
  3. Hujah-hujah pula mestilah bernas dan mudah difahami. 
  4. Bahasa yang digunakan mestilah tepat dan berkesan. Penggunaan bahasa berbunga-bunga tidak digalakkan. 
  5. Kiasan, perumpamaan dan bidalan boleh diselitkan jika bersesuaian dengan tajuk atau isi yang mahu disampaikan. 
  6. Syarahan mesti dimulakan dengan kata alu-aluan kepada para hadirin mengikut tingkat kedudukan. 
  7. Selepas satu atau dua perenggan, berhenti seketika dengan menyebut 'hadirin sekalian', 'tuan-tuan dan puan-puan' atau 'saudara saudari'. 
  8. Pada bahagian penutup, calon boleh menggunakan ayat seperti 'Untuk mengakhiri syarahan ini.....' atau 'Akhir sekali....'

No comments:

Post a Comment