Proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak.
Penggandaan penuh ialah proses menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya termasuk imbuhan sekali.
Penggandaan separa pula ialah proses menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal melibatkan pengulangan suku kata pertamanya dan letak gandaannya pada bahagian hadapan kata dasar.
Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan hanya menggandakan kata dasar utama dan tidak melibatkan imbuhannya sekali. Ini berlaku terhadap golongan kata kerja dan kata adjektif.
Penggandaan Penuh
|
Penggandaan Separa
|
pulau-pulau
|
laki = lelaki
|
cantik-cantik
|
siku = sesiku
|
tinggi-tinggi
|
langit = lelangit
|
pelatih-pelatih
|
sepandai-pandai
|
persatuan-persatuan
|
kejar-mengejar
|
Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu. Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :
Penggandaan berentak pengulangan vokal ialah penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal.
Penggandaan berentak pengulangan konsonan pula ialah penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu.
Seterusnya, penggandaan berentak bebas ialah penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan.
Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal
|
Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan
|
Penggandaan Berentak Bebas
|
sayur-mayur
kuih-muih
lauk-pauk
cerai-berai
hina-dina
hingar-bingar
|
gunung-ganang
simpang-siur
bolak-balik
kayu-kayan
mundar-mandir
batu-batan
|
anak-pinak
saudara-mara
lintang-pukang
|
No comments:
Post a Comment