Membina ayat daripada kata akar `tawar'
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) tawar
(ii) menawar
(iii) menawarkan
(iv) menawari
(v) penawaran
(vi) tawaran
Ingat: Sebelum anda membina ayat dengan perkataan ini, anda perlu mengetahui makna dan penggunaan perkataan tersebut dalam ayat:
Perkataan: tawar
Maksud: tidak ada rasanya (spt kurang manis, kurang masin dsb); hambar
Ayat: Air kopi yang dibuat oleh ibu tawar rasanya kerana kurang gula.
Perkataan: menawar
Maksud: meminta supaya dikurangkan atau diturunkan harga
Ayat: Kalau pandai menawar, kita akan memperoleh harga yang lebih murah.
Perkataan: menawarkan
Maksud:1. menunjukkan sesuatu supaya dibeli atau mengunjukkan atau mengemukakan sesuatu supaya diterima atau dipakai. 2.memberikan sesuatu (pekerjaan dsb) kepada
Ayat: 1.Penjaja itu menawarkan barang-barang jualannya.2..Kerajaan menawarkan biasiswa kepada para penuntut di universiti.
Perkataan: menawari
Maksud: mengemukakan tawaran kepada seseorang
Ayat: Pihak syarikat itu menawari beliau jawatan sebagai pengurus di firma itu.
Perkataan: penawaran
Maksud: perihal (perbuatan dsb) menawar, menawari atau menawarkan
Ayat: Harga sesuatu barang di pasaran bergantung pada permintaan dan penawaran.
Perkataan: tawaran
Maksud: sesuatu yang ditawarkan
Ayat: Mereka tidak mahu menerima tawaran gaji yang dikemukakan oleh kerajaan.

No comments:
Post a Comment